RSS

AKTIVITI P&P UNTUK MURID CEMERLANG ( PENGAYAAN )


AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN UNTUK MURID CEMERLANG (PENGAYAAN )
Hasil Pembelajaran   : Pada akhir pelajaran murid dapat mengukur isipadu cecair menggunakan   pengukuran bukan piawai
Bahan                         : Gelas plastik, Jug air besar, jug air kecil, besen, bekas silinder
Langkah-langkah      :
  • ·         Guru menayangkan video cara mengukur mengukur isipadu menggunakan gelas plastik untuk memenuhkan botol dengan air.
  • ·         Guru bersoal jawab dengan murid :
i)                    Apa yang kamu dapat lihat?
ii)                  Berapa gelas airkah untuk memenuhkan botol tersebut?
  • ·         Kemudian murid dibahagikan kepada 4 kumpulan. Setiap kumpulan melantik seorang ketua bertindak sebagai pencatat.
  • ·         Guru menyediakan 4 stesen yang mana setiap stesen disediakan beberapa gelas air dan sejenis bekas untuk diisikan air.
  • ·         Setiap kumpulan diberi masa 10 minit pada setiap stesen. Selepas 10 minit setiap kumpulan perlu bergerak ke stesen lain sehingga tamat. Setiap kumpulan perlu merekod bilangan gelas air yang diisi dalam setiap bekas sehingga penuh. Keputusan yang diperolehi perlu dicatatkan dalam jadual seperti berikut :

STESEN
JENIS BEKAS
BIL GELAS
1
Jug besar

2
Besen

3
Jug kecil

4
Bekas silinder


  • ·         Setiap kumpulan membentangkan hasil dapatan di depan kelas. Kumpulan yang berjaya merekod dengan betul jumlah gelas diumumkan sebagai pemenang.
  • Peneguhan dari guru ialah bekas yang besar akan mempunyai kuantiti yang lebih banyak. Namun begitu, perkara paling penting ialah kuantiti akan berbeza jika saiz bekas tidak sama. Ini akan dapat diketahui murid selepas mereka membuat ujikaji seperti diatas.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment