RSS

AKTIVITI P&P UNTUK MURID LEMAH ( PEMULIHAN )

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN UNTUK MURID LEMAH (PEMULIHAN)

Hasil Pembelajaran   : Di akhir pembelajaran, murid boleh membandingkan isipadu cecair  menggunakan unit bukan piawai dengan betul
Bahan-bahan             : Gelas plastik, botol, flash card dan lembaran kerja
Langkah-langkah      :
  • ·         Guru mempamerkan 3 biji botol yang mempunyai sukatan air yang berlainan.
  • ·         Bersoal jawab dengan murid mengenai air yang terdapat dalam ketiga-tiga botol tersebut.
  • ·         Kemudian jumlah air dalam setiap botol diperkenalkan iaitu, kosong, separuh dan penuh.
  • ·         Murid diterangkan bahawa botol yang penuh dengan air merupakan paling banyak, botol yang separuh merupakan paling sikit air.
  • ·         Aktiviti diteruskan dengan memperkenalkan konsep banyak dan sedikit melalui penggunaan 4 biji gelas yang berlainan isipadu air.
  • ·         Kemudian murid-murid dipecahkan dalam kumpulan kecil dengan 5 orang setiap kumpulan.
  • ·         Lantik seorang ketua dalam setiap kumpulan untuk menjadi pencatat.
  • ·         Setiap kumpulan perlu mengambil 5 biji gelas yang mempunyai kandungan isipadu air yang berlainan yang telah ditetapkan oleh guru.
  • ·         Setiap biji gelas perlu dilabelkan dengan A, B, C, D dan E mengikut arahan guru untuk memudahkan murid membandingkan isipadu air dalam setiap gelas.
  • ·         Setiap kumpulan perlu menjawab soalan yang telah disediakan oleh guru. Murid merekod jawapan pada jadual yang diberikan oleh guru. Contoh jadual adalah seperti berikut :


                                                               A      B      C      D       E
Gelas C adalah ______________
Gelas A adalah ______________
Gelas D adalah ______________
Gelas B adalah ______________ daripada gelas A
Gelas E adalah ______________ daripada gelas B
  • ·         Kemudian setiap kumpulan membentangkan hasil dapatan masing-masing.
  • ·         Akhir sekali, lembaran kerja diedarkan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment