RSS

Pengenalan Isipadu Cecair

PENGENALAN
Isipadu cecair adalah kandungan cecair yang terdapat dalam sesuatu bekas. Ia disukat dengan menggunakan alat penyukat cecair. Alat penyukat mempunyai 2 jenis iaitu alat penyukat yang menggunakan alat yang digunakan dalam bentuk alat unit piawai dan alat bukan unit piawai. Menyukat dalam unit piawai ialah menggunakan alat penyukat yang mempunyai sukatan iaitu seperti bikar, tabung uji, picagari dan selinder penyukat. Manakala menyukat dengan menggunakan unit bukan piawai ialah dengan menggunakan bahan yang tiada penyukat yang tetap iaitu seperti cawan, mangkuk, jug air, botol, baldi dan gelas. Dalam pengukuran, alat bukan piawai sebenar biasanya diukur dengan membuat perbandingan iaitu seperti kurang, lebih atau sama. Manakala dalam pengukuran dengan mengunakan alat piawai sebenar pula ia menggunakan unit dalam sistem metrik iaitu menggunakan sukatan mililiter (ml) ataupun liter (l).
Satu daripada langkah pertama dalam pengukuran isipadu cecair ialah mengetahui apa yang anda sukat. Mungkin bunyinya mudah, tetapi ia mungkin menjadi punca kesukaran bagi kanak-kanak.Seperti kanak-kanak melakukan perbandingan-perbandingan ini, mereka bukan sahaja meningkat kefahaman tentang sifat dan kosa kata yang dikaitkan, malahan mereka juga turut mempelajari langkah-langkah yang akan membantu mereka menentukan sesuatu nombor. Peringkat ini biasanya dipanggil pra-pengukuran, memandangkan tidak melibatkan apa-apa nombor.

SALAH KONSEP / KEKELIRUAN
Ramai murid mengalami kekeliruan atau salah konsep dalam menyukat dan juga membanding beza isipadu cecair. Dalam menyukat, kebiasaannya murid silap cara untuk mendapatkan sukatan, dan murid juga keliru dalam membanding bezakan isipadu cecair dengan menggunakan bekas yang berlainan daripada segi saiz dan bentuk bekas. Dalam mengatasi masalah ini, guru hendaklah menggunakan pelbagai cara dan aktiviti dalam pemahaman murid terhadap cara membaca sukatan dan juga membuat banding beza terhadap isipadu cecair. Pelbagai bahan dan bekas boleh di bawa ke kelas. Alat-alat bantu mengajar ini boleh didapati oleh murid di persekitaran rumah mereka .
Sekiranya seseorang itu mengganggap kapasiti sebagai satu sifat bagi bekas, maka sifat ini boleh diperkenalkan kepada kanak-kanak dengan bertanya,”Bekas mana yang ada lebih isinya”.

Walau bagaimanapun, seorang guru perlu lebih berhati-hati dan mengetahui bahawa berlaku  salah konsep mengenai kapasiti dalam sesetengah kanak-kanak. Ramai kanak-kanak datang ke sekolah dengan beberapa konsep panjang dan beberapa kosa kata yang berkaitan dengannya. Tetapi mereka mempunyai idea yang sangat sedikit mengenai kapasiti. Walaupun perbandingan persepsi boleh dibuat di antara dua bekas, kanak-kanak biasanya membuat perbandingan mengenai panjang (atau lebih tepat, tingginya) berbanding kapasiti. Apabila ditanya tentang bekas mana yang mempunyai lebih isi, sama ada bekas yang lebih  tinggi ataupun bekas yang pendek, kebanyakkan kanak-kanak akan memilih bekas yang lebih tinggi walaupun bekas yang pendek itu mempunyai lebih isi. Oleh itu, cara terbaik ialah bermula dengan mengkaji kapasiti menggunakan perbandingan langsung.

Untuk membuat perbandingan langsung, kita perlukan beberapa jenis pengisi: air dan pasir adalah mudah untuk kanak-kanak. Dengan diberi beberapa bekas, kanak-kanak boleh mengisi satu bekas dan menuangnya ke satu bekas yang lain untuk melihat bekas yang boleh mengisi lebih.       

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment