RSS

KESIMPULAN


Bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar guru seharusnya mempelbagaikan aktiviti pengajaran dengan mengaplikasikan bahan  bantu mengajar yang sesuai. Ini adalah kerana pada peringkat ini kebolehan kanak-kanak menguasai konsep pengekalan tentang paduan, nombor, berat dan padatan. Kebolehan ini membantu mereka memahami konsep lain yang lebih rumit seperti susunan angka, pengklasifikasian bahan mengikut sifat, serta kemampuan melihat sesuatu perkara dari pelbagai perspektif.
Penggunaan bahan bantu mengajar akan meningkatkan lagi tahap penguasaan dan pemahaman murid bagi membandingkan ukuran tanpa menggunakan unit piawai. Namun  begitu,  murid perlu dibimbing agar tidak berlaku salah konsep dalam membandingbezakan isipadu cecair. Guru boleh menggunakan bahan bantu mengajar yang sedia ada dipersekitaran murid contohnya,  alat bantu mengajar yang digunakan dalam kehidupan seharian seperti alatan yang terdapat dirumah. Bahan-bahan untuk pengajaran dan pembelajaran amat mudah diperoleh serta murah. Dengan adanya alat tersebut, murid dapat memahami dengan lebih jelas tentang konsep perbandingan isipadu cecair.
 Terdapat pelbagai bahan yang boleh digunakan oleh guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan pelbagai alatan dalam proses pembelajaran dapat merangsang minda murid kerana murid sering membuat perbandingan berdasarkan kepada tinggi bekas dan bukannya pada kapasiti sesuatu bekas tersebut. Tafsiran yang salah mengenai konsep isipadu cecair sering dihadapi oleh murid terutama semasa membuat perbandingan tentang kapasiti di antara dua buah bekas yang berlainan saiz dan bentuk. Oleh itu, guru seharusnya lebih kreatif dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran agar murid dapat memhami sesuatu konsep dengan lebih jelas.  
Ramai yang beranggapan bahawa aktiviti pengayaan untuk kumpulan pelajar yang cerdas manakala aktiviti pemulihan untuk kumpulan pelajar yang lemah. Sedangkan kedua-dua jenis aktiviti tersebut adalah sesuai dan boleh dirancang untuk kedua-dua jenis kumpulan pelajar, sama ada yang cerdas atau lemah (D'Augustine, 1973; Nik Azis, 1996)). Aktiviti pengayaan dan pemulihan merupakan kompenon yang penting dalam kurikulum pendidikan matematik KBSR dan KBSM (PPK, 1989). Aktiviti pemulihan merupakan aktiviti pengajaran yang berusaha menolong murid-murid untuk mengatasi masalah pembelajaran.Manakala aktiviti pengayaan ialah sejenis aktiviti tambahan yang lebih kompleks tetapi menarik dan mencabar (PPK, 1982). Aktiviti pengayaan juga sering digunakan untuk mengesan pelajar pintar di samping dapat mengasah bakat dan kreativiti. Kedua-dua aktiviti tersebut perlu dirancang dan dilaksanakan dengan teliti supaya ianya tidak membeban dan membazirkan masa pelajar

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment